Seronok ketika melihat keletah mereka dalam proses pembesaran ini.... Gelak tawa dan tangis mereka selalu memecah kesunyian rumah tangga kami... Ada kalanya sampai tak tahan kerana terlalu bising.... Tetapi...mereka ini adalah buah hati dan penghibur mama dan abah....
Rabu, 8 Oktober 2008
Azri dan Qimi di pagi raya
Tahun ni Azri dan Qimi berjaya berpuasa....Jadi raya tahun ini mereka berasa seronok....Pagi2 lagi dah sibuk nak pakai baju raya...
Tak siap gosok lagi...mereka dah siap mandi....
Siap nenek mereka yang mandikan mereka berdua...almaklumlah..tido dlm bilik nenek....
Selesai bersiap...kami suruh mereka bersarapan dahulu...tapi mereka sibuk kata yg mereka masih berpuasa....masih tak faham lagi....
Satu lagi sibuk bertanya dengan makcik dan pakciknya tentang duit raya yang dijanjikan kalau berpuasa.... Kecoh rumah mak kalau ada 2 budak lelaki nih....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan